wush whiuuu..
pohon bergoyang melambai
dedaun sibuk bergeser tanpa henti
berangin sungguh
tapi
aku masih dalam kenderaan 4 tayar ni
terkurung
tingkap jernih memisahkan aku dan angin
aku hanya menunggu masa untuk bebas
mama mermarkir kemas
semua barang sudah diangkat
sengaja aku lambat-lambat
boleh tahan anginnya
tapi x berapa rasa
aku dilindungi tembok-tembok konkrit putih
dari angin yang makin menggila
semua pun sudah masuk
tinggal aku
teruja
aku melangkah keluar
brrr..
sejuk anginnya
terasa sejuk dan
lembap..
langit x lagi kelihatan
ditutup rapi oleh awan hitam yang kelihatan amat berat
seorang diri
aku menikmati
angin yang merempuh
menampar mesra diriku
titis hujan mulai dirasai..
allaa..
titis kecil kian berat dan banyak
aku kembali ke porch
berteduh dari hujan
mahu aja aku bermain hujan
tapi sekarang sudah masuk waktu maghrib bagi wilayah dan laen tempat yg swaktu dngnya..
aku ada temu janji dgn kau hujan
nanti kita pasti dapat bertemu lebih lama..
No comments:
Post a Comment