Friday, December 24, 2010

tengah malam..

si cengkerik tidak lagi berbunyi
dingin yang selesa
kipas tua berpusing lemah
sekarang sudah pukul tengah malam..

smile :)

budak ini masih belum tidur
sesekali memandang telefon yg membisu kaku
menanti jawaban 
menanti khabaran
menanti dengan harapan
dan masih menanti

pada pukul tengah malam
budak ini
menanti setia

setiap tengah malam
budak ini mengucapkan
" Selamat malam "

pada tengah malam..budak ini mahu bermimpi
bermimpi berhenti menanti
kerana walaupun untuk satu malam
ia pasti membuatkan dia tersenyum sendiri
dan menanti lagi esok hari
di tengah malam..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...