Sunday, October 11, 2009

lihat..

salam..
bagus kan ada internet nih..
senang cari maklumat..
senang chit chat..
senang tahu khabar rakan-rakan..
selepas tamat sekolah menengah,
xde sorg pun budak sekelas aku yg masuk satu ipt dgn aku..

semua telah terbang dgn haluan masing-masing..

dia kesana dia kesitu..
tp satu pun tidak dgnku..
harapkan cuti baru ketemu..
baru boleh melepas rindu..

tp syukur ada internet..
ada sja gambar yg diupload..
sedikit sebanyak terubat rindu..
melihat si rakan gembira..
aku juga gembira..

tersenyum-senyum aku sendiri..
melihat senyuman si rakan..
bilakah kita akan berjumpa lagi..
mahu sembang sampai pengsan..

tapi sedih juga ku..
melihat mereka yg gembira..
gembira berdusta..
astaga.
wahai rakan
wahai teman
mengapa jalan itu yang kau redah..
tidakkah kau sedar itu salah..
apa layakku menegur..
apa layakku memarah..
aku sekadar teman yg mengambil kesah..

aku juga ada salah..
tapi aku cuba perbaiki..
betullah kata mereka..
"kuman seberang laut nmpk, gajah dpan mata x nmpk"
jauhilah perkara mungkar..
sesungguhnya balasannya adalah neraka..
dimurkai Pencipta..
aku bukanlah si suci dari dosa..
aku juga hamba hina..
pasti ada silap
pasti ada salah

tp sebagai saudara..
sebagai apa yg si orang putih kata," what are friends for.."
tegurku secara bukan menghina apatah lagi membunuh..
aku tahu setiap manusia biasa itu ada perasaannya sendiri..ada egonya..
tak boleh dihentak-hentak..
x boleh dipijak-pijak..
kena ada caranya..
tangan yg terluka sakitnya sementara..
hati yang terguris hanya Tuhan yg tahu..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...