Thursday, January 21, 2010

calm..

sedang aku perlahankan motor honda petak milik bapaku itu
sebuah kereta memotong ku laju
hampir saja terlanggar kucing yg sedang tidur itu
tp
ape kes tidur di tengah jalan ni
aku parkir
lalu menghampiri kucing tadi
baru tadi je kucing tu lepak-lepak kat umah aku
terbaring di situ tiada lagi bernyawa
allahuakbar
x nmpk macam kena gilis ngan kereta
dilanggar motor agaknya
sedikit darah di mulut
dan luka di kepala
aku mengangkat dan meletakkan di hadapan rumah tuannya
comel kucing tu
putih bersih
aku baru saja pulang dari menziarah nenek rakanku
juga emak jiranku
telah pun dia kembali ke rahmatullah
sempat kami(aku dan rakanku) bertegur sapa bertanya khabar
mukanya x seperti selalu
selalunya dia akan akan terseyum lebar seakan-akan hendak ketawa
tapi
kali ini senyumannya sderhana
tenang
calm
hendak ke bank katanya
jadi sikit saja dibualkan
belajar di mana
macam mana study
itu aja
ketika hendak pulang
berjumpa pula dengan bapa saudaranya(jiranku)
-pakcik pun dah celaru
x sempat nk bagitahu
ayah kamu tahu pun diberitahu di masjid selepas subuh td
dah 3 hari masuk hospital
dah 3 hari pakcik x tido..-
aku hanya mengangguk
di tv aritu
dipesan
jangan tanya banyak
ttg si arwah..macam sakit apa?bila meninggal?
x mahu menambahkan lagi kesedihan keluarganya
dan x boleh makan di rumah yang ada jenazah
jangan bercerita buruk ttg si arwah
dan lain-lain yang aku kurang ingat dan jelas

people that we know may be gone just like that
in a blink of an eye
so kita pun camtu kan
xde bezanya
ajal maut di tangan tuhan

kekadang sakit hati pula
bila ada yang guna ayat ni
dengan cara yg menyakitkan hati la
macam
"ko kluar pagi ke, mlm ke, nk mati mati jugak."
x pun
"ko naek moto ke basikal ke sama je, nk eksiden eksiden jugak.."
mmg le dol!
tapi kita ikhtiar..
kan klua pagi tu selamat sikit
ramai orang
cerah
naek basikal itu kan x laju sangat
senang brek

haii!!!grrr..

aritu aku time aku tgh layan movie
gedebok!
aku pun memanjangkan leher ke tingkap
x nmpk ape-ape
cuma bas yg sedang berhenti kat stesen minyak
aku usha lagi
pastu ada membe aku
yg juga tgh usha tapi di tingkap yg len jerit
weyh
ada org terbaring la
pe lagi
satu umah kuar nk g tengok and tolong pe yg patut
makin lama makin ramai
aku pun lintas jalan and ternampaklah
seorang pemuda
ber-t-shirt lengan pendek
dan seluar jeans tgh terbaring kat sidewalk tu
helmet dah bukak kot or tercabut masa jatuh
darah meleleh dari keapalanya
tangan kanannya sedikit terkoyak menampakkan isi
kakinya tebuka luas
luka di tapak kaki kanan
tangannya terketar
tangan kanan tadi sedang menunjuk-nunjuk pahanya
dengarnya tulang paha sudah patah
didalam kesakitan
pemuda tadi mengluarkan henfonnya
dengan sukar dan
terketar-ketar
lalu menelefon
agak ramai yang mengerumun pemuda tu
motor-motor diparkir sesuka hati di bahu jalan
sedikit menjejaskan lalulintas
ulat-ulat dengan walkie-talkienya
motor pemuda tadi hampir hancur
tersadai di palang di longkang
bisa aja terlepas ke longkang jika silap cara
usai bicara telefon
seorang lelaki mengambil henfon pemuda td
hendak ditelefon ambulans
"tisu tisu?" tanya lelaki lewat 30-an tadi
hendak mengelap darah di telefon mangsa
akhirnya dilapkan pada baju pemuda tadi
telefon ambulans katanya
astaga
baru nk telefon ambulans
baik aku je yg telefon td
bukan kene cas pun!
aku yang juga bekas ahli jabatan pertahanan awam malaysia
hanya memandang
ternyata segala ilmu itu kurang berguna
aku x sempat mengikuti pratikalnya
segalanya teori
aku kembali ke rakan yang tidak melintas
hanya melihat dari jauh
aku pun menceritakan segalanya
rasanya pemandu bas tu terlanggar
sebab ketika aku sampai
pemandu tadi sibuk bercerita
"mana saya nampak.
bla bla bla bla.. dia mai ikut situ bla bla bla..
mana saya perasan" kata pemandu berloghat utara itu
innalillah..

kurg sepuluh minit, ambulans dtg dan pergi
polis juga dtg
tp kami sudah kembali ke rumah
hanya melihat dr tingkap...
sejuk betul penang ni
x payah pasang aircond pun dah boleh demam
hujannya tidak
tapi sejuk...brrrr...brrr...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...