Friday, October 8, 2010

dilarikan..

kesenangan hidup
kemewahan dunia
keindahan kata
aduss
semua ni buat aku leka
buat aku jauh
aku dilarikan
melupakan erti sebenar
peranan utama
misi perdana
bekalan ke syurga

hati merungut akan kesusahan
hati melonjak ajak berdusta
hati lemah digoda sang durjana
hati keras melakukan dosa
hati berat menyegerakan seruan

cabaran di dunia sementara
pasti sukar
mencabar
menyakitkan
memeritkan
kerana destinasinya
alam tiada serupa
kekal selamanya..

aku pohon bantuan dan perlindunganMu ya Penciptaku
Kaulah yang mahaberkuasa
tiada dua atau tiga
aminn..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...