Friday, October 1, 2010

raga..

aku memecut laju
motosikal merahku berbunyi bising skali
samar-samar aja aku mendengar nyanyian ban jung seok
walaupun telah kusumbatkan telingaku dgn earphone
bunyi enjin 'redmoto' menengelamkan segalanya
oh tidak
kuning dan . . . . merah
shit!  kata hatiku
perlahan aku melonggarkan genggaman
redmoto masih laju dek pecutan tadi
dan
dahiku berkerut
tertoleh aku dibuatnya
berhenti di lampu trafik
aku paling
sorang lelaki india boleh plak parking betul-betul menghadang penglihatanku
aku hadapan sket
huh!
ada makcik tua/nenek jatuh basikal di bahu jalan
barang-barangnya berterabur
buah oren (agaknya) bergolek keluar dari raga basikalnya
aku jadi risau
takut dilanggar kereta
sekejap saja ada seorang lelaki cepat-cepat brek dan membelok hampir dengan makcik tu
menongkat motornya
dia membantu
aku tersenyum
walaupun aku kesal bukan aku yang mula-mula berhenti
tapi
syukur
Allah memudahkannya bagiku
aku mahu lihat siapa lelaki tadi
tapi hajat x kesampaian kerana dia menuju ke arah lain
jadi aku terus memecut kembali mengejar lampu hijau seterusnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...